August 26, 2010

OPEN YOU'RE EYES





Look around yourself can't you see this wonder,
spreaded infront of you,
the clouds floating by,
The sky are clear and blue,
planet in the orbits,
The moon and the sun,
such perfect harmony,
Let's start question in ourselves,
isn't this proof enough for us,
Or are we so blind? to push it all aside?. no.

We just have to open our eyes our heart and mind,
if we just look bright to see the signs
We can't keep the hiding from the truth
let it take us by suprise,
Take us in the best way ALLAH..
guide us every single day,ALLAH
keep us close to you,
Until the end of time.

Look inside yourselves
such a perfect order
hiding in yourselves
running in your veins
what about anger love and pain?
and all the things you're feeling
can you touch them with you hand?
so are they really there?

Lets start question in ourselves
isn't this proof enough for us..
or are we so blind
to push it all aside?no.

we just have to
open our eyes, our heart, and mind
if we just look bright to see the signs
we can't hiding from the truth
let'it take us by suprise
take us in the best way ALLAH.
Guide us by every single day. ALLAH.
keep us close to you
until the end of time
when a baby's born
so helpless and weak
and you're watching him growing
so why,deny..what isn't front of you eyes?
The biggest miracle of life.

Allah..
you created everything,
we belong to you,
Ya, RABB..
we raise our hand..
Forever we thank you..

ALHAMDULILLAH.

August 25, 2010

syukur..di permudahkan sgala urusan..






cadangnya nk pergi pg2..tp..tgk a.jay letih je..jd bertolaknya pas zohor..
x kesah la yg penting pergi kn..sementara tnggu a.jay b'siap...amek gmbr dulu..:)
1..2...3...klik!

August 24, 2010




pohon sakura!!!1
tunggulah kedatanganku..!

August 21, 2010

PESANAN BONDA..( MUALLIMAH KHUSNUL AIN AL MURSYIDAH )

Pesanan buat Sofiyyah...

Dalam perlahan-lahan engkau menuju ke distinasimu..usah kau sangka ianya semudah sebuah lukisan yang di lukis atau semudah sebuah patung yang di ukir..
Bahkan di hadapanmu puluhan cabaran dan dugaan,penuh onak dan duri,simpang yang bersiur,di dalamnya kau akan ketemu limpahan tohmah dan fitnah,prajudis dan kekalutan..
Tiada apa yang bisa membimbing dan menunjukkn jalan untuk mu melainkan kesucian, kebeningan iman dan hati yang jernih bak embun pagi.

Sofiyyah anakku..inilah pesanku,
waktu masih ada usia yang sudah hampir ke penghujungnya..Bentuklah peribadimu seperti peribadi wanita2 solehah dahulu yang mana iman mereka umpama keteguhan sebuah gunung yang tinggi,cinta dan kaseh sayang mereka umpama lautan yang tidak bertepi,ketabahan dan kecekalan mereka dalam menempuh hidup umpama bumi yang di pijak ini.
mereka tidak pernah sekali mengeluh bahkan senyuman sentiasa terukir di bibir,hati mereka sentiasa suci dan mewangi bak sebuah taman yang di penuhi kuntum2 bunga..mewangi memenuhi alam ini.

Untuk engkau memperolehi peribadi yang sebegini..kau harus mempersiapkan dirimu dgn lautan ilmu,duniawi dan ukhrawi,dan ilmu itu perlu kau cari dan usahakan tanpa mengenal batas waktu,jangan ada pada dirimu erti jemu dan keletihan..

Sofiyyah..Jadikanlah kesabaran itu pakaianmu..kelembutan itu perhiasanmu,keluhuran budi itu peganganmu..yang mana engkau tidak akan berganjak dari garisan kabenaranmu..seringkalilah engkau meratap di atas segala kealpaanmu..selalulah engkau menangisi di atas segala yang sia-sia..kesali akan setiap ketelanjuran.
Sematkan dalam dirimu, rasa kebencian yang mendalam terhadap segala bentuk kemungkaran, kuatkan azam mu untuk sentiasa menghindari dari segala kemurkaan Ilahi dan ketidak redhaan Rasul..
Carilah dan carilah RedhaNYA dan cintaNYA..rinduilah belaian RahmatNYA.

Anak ku..Jadikanlah solat malam mu sebagai bukti cintamu ke hadratNYA..moga dengan itu hidup mu di pelihara dan di dalam wadah RahimNYA.
Berusaha gigihlah meraih cintaNYA...mohonlah ihsanNYA..rayuilah RahmatNYA..haraplah pertolongan dan pimpinannya..Dialah segalanya-galanya dan selamanya dialah segala-galanya.
KepadaNYA dan keranaNYA hidupmu dan matimu seperti janjimu di dalam solat mu.


( di tulis pada1.7.2007 )

TERIMA KASIH BONDA..

August 13, 2010

Abdullah

Dirimu Abdullah yang sarat ketenangan
jernih wajah penuh ketulusan
gagahmu kerana ketaqwaan
Allahlah tempat kau rintihkan segala penderitaan
akhlakmu jadi sebutan
Sungguh! Aku tertawan!


ramai orang berbisik padaku "kumbang bukan seekor"
tapi Ya Allah.. ekspresi ini yang menarik hati,
inginku miliki dan mengasihi,
merindui setiap hari

Ya Rabbi..
benar aku mengasihinya
kelopak mataku rapat bertemu
ada air jernih yang mengalir

Ya Ilahi..
hadirkan padanya bidadari yang lebih indah
yang akan menemaninya dalam perjuangan
menegakkan Al quran dan sunnah
agar hidupnya d penuhi barakah.


Cintailah jodoh yang telah di tetapkan oleh Allah untukmu..kerana Sesungguhnya DIA yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2nya.
Insan yang bijak itu pandai mengurus perasaannya.

" Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagi kamu.
Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-baqarah, Ayat216 )

August 4, 2010

Gadisku…

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang..tapi awas..duri yang melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Gadisku…

Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah…umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup…sudah pasti keinginan diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi daripada yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi ‘title’ gadis yang engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada. Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah.

Gadisku…

Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang bahaya dirimu “Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”. Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam, kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku…

Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud “Sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak beharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T. Semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu.


Gadisku…

Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi, apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti akan bertaut kembali. Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama. “Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri…”