Dirimu Abdullah yang sarat ketenangan
jernih wajah penuh ketulusan
gagahmu kerana ketaqwaan
Allahlah tempat kau rintihkan segala penderitaan
akhlakmu jadi sebutan
Sungguh! Aku tertawan!
ramai orang berbisik padaku "kumbang bukan seekor"
tapi Ya Allah.. ekspresi ini yang menarik hati,
inginku miliki dan mengasihi,
merindui setiap hari
Ya Rabbi..
benar aku mengasihinya
kelopak mataku rapat bertemu
ada air jernih yang mengalir
Ya Ilahi..
hadirkan padanya bidadari yang lebih indah
yang akan menemaninya dalam perjuangan
menegakkan Al quran dan sunnah
agar hidupnya d penuhi barakah.
Cintailah jodoh yang telah di tetapkan oleh Allah untukmu..kerana Sesungguhnya DIA yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2nya.
Insan yang bijak itu pandai mengurus perasaannya.
" Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagi kamu.
Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-baqarah, Ayat216 )
No comments:
Post a Comment