
SAYANG..
mungkin cintaku tidak sehebat cinta zulaikha
mungkin juga tidak seagung cinta siti khadijah
tetapi..
ini adalah sebuah cinta kudus dariku untukmu suamiku..
KASIH...
sayangi aku sepertimana engkau ingin disayangi
rindui aku sepertimana engkau ingin dirindui
kasihi aku sepertimana engkau ingin dikasihi
cintai aku sepertimana engkau ingin dicintai
CINTAKU..
aku ingin jadi isterimu di dunia
dan aku mahu menjadi bidadarimu di syurga
KEKASIHKU..
maafkan andai kekuranganku dalam menta'atimu
kesilapanku dalam pertuturanku
kesalahan dalam perbuatanku
yang menyinggung hati dan rasamu..
bimbinglah aku menjadi isteri solehah..yang
melahirkan zuriat pembela agama ALLAH..
ENGKAU SUAMIKU
ENGKAU IMAM BUAT KELUARGAKU..
ENGKAU KEBANGGAANKU
ENGKAU JUGA KESAYANGANKU...
YA ALLAH..rahmati cinta dan kasih sayang kami..
No comments:
Post a Comment